Monday, June 29, 2009

Bolasepak
















tarikh sepatutnya 28/06/09
Salam untuk sahabat sekalian.

Pada 28 Jun 2009 yang lalu DPPKBB telah mengadakan perlawanan bolasepak (Silatulrahim) yang bertujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama. Bahkan lebih besar dari itu. Bukan hanya pemain yang hadir malah seisi keluarga pemain turut hadir menyaksikan perlawanan bolasepak. Walaupun dari segi skil dan kebolehan ala pemain bawah 12 tahun tapi tujuan asal yang memeriahkan suasana. Bukan bola sangat yang nak main cuma nak berhimpun, bersuara serta nak cerita bagaimana cara berpakaian untuk bermain bola. Sudah tentu tidak berseluar pendek. Mengabungkan tuan dan muda dan selitla jugak remaja (nanti hilang pulak pelapis).

Keputusan memang diluar dugaan DPP Kulim/B.Baharu (6) vs (1) DPP Prt. Buntar

So pasukan mana yang rasa hebat sangat boleh buat tempahan 012-483 7423 (Cpt. Kamarul).
Semuanya dalam 2 kemungkinan tak hampa kena belasah teruk kami dilenyek lumat (Kami kalah le tu) - Pemain DPP + Veteran + Remaja (yang tak reti pun ajak le skali, penampilan sulung)

Monday, June 22, 2009

Hari Ini Genap 7 Tahun Almarhum Ustaz Fadzil Meninggalkan kita
AL-FATIHAH

Monday, June 15, 2009

Manik Urai (MU)

Salam untuk semua

Kekalutan yang teramat sangat berlaku dalam PAS. Semacam Tsunami.
Jenuh tempias anak-anak PAS dimainkan oleh anak be end.

Pada pandangan isu tu ciput jer. Media buat kalut, kita melatah. Harulah jadinya.

Rasanya kat MU dan InsyaAllah PAS tetap pegang Piala Pusingan.

Takbir........ Takbir..................... Takbir..............................

Sunday, June 14, 2009

TETAMU

MAKLUMAN:

ROMBONGAN PEMUDA NEGERI KE KAWASAN KULIM BANDAR BAHARU PADA

TARIKH:17 JUNE 2009
MASA:LEPAS MAGHRIB 7.45 MALAM
DEWAN DATO' HJ. FADZIL NOOR, SERDANG, KEDAH.

Seluruh Jawatan Kuasa DPPKBB juga ingin menjemput Ahli-Ahli Pemuda untuk bersama-sama pada majlis nanti.

Tuesday, June 09, 2009

Berita dari P18 (N35/N36)


nie dia kepimpinan baru kita

Ruangan Berita : akan memasukkan segala cerita / pandangan dan macam-macam hal yang telah berlaku, dalam perancangan, sedang berlaku segala macam lagi le....

Orang ramai, hampa semua boleh ulas, boleh mencelah & boleh bla....blaa....blaaa..... kat pemimpin hampa... bekas pemimpin hampa.... sampai hampa untuk hampa.

Kami bersedia menjawap, mengomen serta menerima apa saja. Hampa hantaq mai kami sua pi. Kalau tak mampu kita bincangkan kemudian .......

Monday, June 08, 2009

BAGAIMANA

APABILA MURSYIDUL AM’ SUDAH TIDAK MEWAKILI PAS LAGI

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan berkata:

“KERAJAAN PERPADUAN NITAK USAHLAH, MENGARUT” (Petikan dari berita Malaysiakini 7/6/09 bertajuk "Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'".

Rupanya, orang yang mengajar kita untuk wala' kepada pimpinan, beliau sendiri tidak wala' kepada Mursyidul Am.

Orang itu dilaporkan berkata:

That is the opinion of Tok Guru, but in the organisation we take the party’s stance. Now there isn’t actually any concrete decision made by the party with regards Umno. The issue will be decided by the party, he said (Petikan dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "No.2 says Tok Guru is not PAS")


Soalnya sekarang, apa harapan parti untuk menyetujui sesuatu pendapat atau hujjah yang akan ditentang Mursyidul Am 100%?

Tidakkan Nasa memikirkan bahawa 90% ahli PAS sanggup mati mempertahankan Tok Guru? Kalau Tok Guru sudah menolak, siapa di kalangan ahli PAS yang akan menerima keputusan tersebut?

Janganlah bersikap bangga diri. Memang keputusan parti itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan seseorang.

Tapi dalam isu ini, sikap Nasa menolak Tok Guru ketepi dengan begitu sahaja tanpa memikirkan pengaruh Tok Guru yang begitu mendalam di kalangan ahli PAS adalah amat dikesali dan tidak berakhlak.

Saya amat yakin idea kerajaan perpaduan ini akan ditolak oleh ahli2 PAS semata-mata kerana Tok Guru Nik Aziz menolaknya.

Dan Nasa sendiri sebenarnya telah ditolak oleh majoriti perwakilan dalam PAS...