
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Layari Laman Portal Rasmi Kelab Penyokong Skuad HijauKuning : http://www.hijaukuning.com
Skuad Kenari Diharap Ulangi Kejuaraan
|
SUNGAI PETANI - Ahli Parlimen Jerai merangkap Timbalan Presiden Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Mohd Jaafar berharap agar pasukan bola sepak Kedah, Skuad Kenari terus mengungguli Kejohanan Bola Sepak TM Piala FA yang bakal berlangsung di Bukit Jalil tidak lama lagi.
Mohd Firdaus berkata, beliau memohon Skuad Kenari agar terus membawa harapan rakyat Kedah dan peminat pasukan hijau kuning untuk mengulangi kejuaraan di Piala FA seperti dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Menurutnya, beliau berharap imbuhan bukan faktor utama kepada tuntutan kemenangan skuad terbabit namun perlu diberikan perhatian kepada sejarah mengulangi kemenangan dan kejuaraan Piala FA agar pasukan bola sepak Kedah terus gemilang dalam arena bola sepak negara.
“Dengan kejuaraan yang sangat diharapkan oleh peminat, pasukan Kedah ini juga akan dijadikan sebagai hadiah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sendiri iaitu Menteri Besar Kedah.
“Jadi saya berharap Skuad Kenari akan bermain secara bermati-matian untuk memastikan kejuaraan Piala FA terus kekal milik Kedah dan imbuhan yang diperoleh bukan satu ukuran namun kejuaraannya adalah yang paling penting,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian dari sini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Firdaus berkata, beliau menyeru peminat dan penyokong pasukan hijau kuning ini untuk turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini untuk memberikan sokongan kepada Skuad Kenari yang bakal bertarung dengan pasukan daripada Negeri Sembilan.
Menurutnya, beliau berharap pasukan peminat dan penyokong hijau kuning dapat menjaga imej penyokong Kedah dan tidak menimbulkan kekecohan.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Skuad Kenari yang telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA dan berharap dapat menunaikan harapan penyokong Kedah untuk menjadi juara pada perlawanan itu,” katanya yang turut akan bersama peminat pasukan hijau kuning di Bukit Jalil pada hari berkenaan.
Ada Imbuhan Tunggu Skuad Kedah - Azizan
Oleh Zainul Azhar Ash’ari (sukan@utusan.com.my)
ALOR SETAR - Selepas menghadapi kemarau kemenangan pada musim lalu, Kedah selaku juara treble 2007/2008 mahu mengembalikan kegemilangannya dengan permulaan untuk mengecap nikmat kejuaraan Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Perlawanan akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan pasti menuntut komitmen tinggi pemain skuad Hijau Kuning kerana kemenangan sudah tentu menyemarakkan semula semangat Kedah untuk dihormati sebagai antara skuad elit di negara ini.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan bahawa pemain-pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning akan diberi hadiah sekiranya berjaya membawa pulang Piala FA musim ini.
Bagaimanapun, Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya belum memutuskan bentuk hadiah yang bakal diberikan tetapi ia sudah tentu bernilai dan istimewa untuk pemain bagi mengenang jasa mereka berikutan kejayaan pasukan Hijau Kuning.
"Tentu ada imbuhan tetapi akan mengikut kesesuaian dengan pemain," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di sini, semalam.
Menurut Azizan, pasukan Kedah mampu untuk melakar kejayaan pada saingan akhir Piala FA berdasarkan keupayaan pemain sebagaimana ditunjukkan sehingga mampu mencecah peringkat akhir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
"Pemain telah membuktikan mereka boleh berjaya walaupun tanpa pemain import kerana selama ini mereka sering dikaitkan dengan tonggak import walaupun pada musim lalu prestasi menurun tetapi Kedah kini sudah kembali," kata beliau.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah menganugerahkan lot banglo kepada setiap seorang pemain dan pegawai pasukan yang terlibat dalam kejayaan pasukan itu menjulang ketiga-tiga piala berprestij iaitu Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2007/2008.
Kata beliau, lot-lot di daerah Pokok Sena itu telah diberikan kepada pemain dan pegawai tersebut dan kini ia dalam peringkat teknikal sebelum diserahkan kepada mereka.
PIALA FA
Satu pertarungan yang sengit dan menampakan peningkatan keprofesionalan semua pihak.
Peminat kedua-dua negeri juga memberikan sokongan yang padu serta menunjuk keakraban rakyat Malaysia.
Siapa tak terasa bila pasukan tewas. Pulun setengah mati, tapi kalah. Fuhh….lemas beb dibuat nya. Apa kan daya semua itu adat pertandingan ada menang ada yang kalah.
Peristiwa itu menjadi kenangan atau pun igauan mimpi ngeri bagi pemain kedah. Kah..kah…kah… aku terima saja.
Awas jangan terlalu gembira wahai pihak lawan semua…tunggu….
Info : Kedah 1 : 1 Negeri Sembilan (tamat masa perlawanan)
N9 menang penentuan sepakan penalti 5 : 4
No comments:
Post a Comment